Friday, April 8, 2011

Masa kita bersama

Aku sangat tak suka mula kan satu benda sebab aku sangat tak boleh terima pengakhiran. Mungkin kau orang nampak aku gagah, gelak sana sini tapi aku sangat tak boleh terima perpisahan. Berkenaan dengan tajuk diatas, aku ingin selit kan bibit bibit kisah perjuangan kita DPI6 di Politeknik tercinta kita tu. Walaupun poli tu mengarut sebab suka saman, makcik FC pulak suka cukur kening, toilet kat jabatan selalu tak ada air, guard peragai macam haram dan parking jauh dari kelas yang buat kita kena denda diri kat depan , tapi aku pasti setiap dari kita akan terasa kehilangan dan kesyahduan dihari terakhir kita bersama. Sebenci dan sesuka mana pun kita untuk berpisah tapi aku tahu setiap hati kamu semua ada rasa kasih sayang yang jauh terpendam dalam hati. Bayangkan disaat kita semua kenal erti kasih sayang antara sahabat, saat kita mula mencoret sejarah bersama, saat kita mula selesa antara satu sama lain dan disaat kita tidak boleh berjauhan terlahirlah satu perpisahan yang menjadi pisau pembelah kebahagian kita, tengah enak kita mengukir senyuman melihat teletah penghibur kelas, sedang enak kita dibuai kebahagian sejarah dan disaat kita bergabung kasih kita sudah perlu untuk berpisah. Tiga tahun kita bersama, tiga tahun kita mengenali sesama, dan tiga tahun kita mencipta sejarah akhirnya kita perlu menempuh realiti ini. Saat aku menulis entri ini, perasaan yang sangat tidak aku suka mengundang dihati, walau apa pun takdir menentukan yang kita perlu berpisah, cuma satu pinta dari aku moga persahabatan yang pernah terbina tidak pernah luput dek masa dan jarak, simpanlah kenangan DPI6 dihati, letak kan dijiwa dan sematkan difikiran. Jauh mana pun kita, gabungkanlah kasih sayang yang telah terbina dengan ikatan persahabatan, INSYAALAHHH.

p/s:  Ini kisah kita, dan ini iklas dari aku

MOHD FAIZAL IZWAN

- Faizal kau lah abang kami dan kau lah penghibur kelas, tetaplah terseyuman dengan senyuman manis kau tu walaupun kau jauh dari kami :')


HUSNUL MUBARAK

- Husnul aku tahu kau suka pose bila begambar, kau yang menambah glamour kelas kita, aku harap kau akan sentiasa menglamourkan keadaan walau kat mana pun kau berada, walau kita dah bukan dibawah satu bumbung :')

MOHD NAZRI

- Nazz kau pemimpin terhebat, aku slute kewibawaan kau, kami senang dibawah kau masa kita sem3, kami doakan kau akan jadi pemimpin satu hari nanti, teruslah berusaha walaupun kau bukan lagi bersama kami :')

MOHD SYAZWAN

- Wan kau pehibur kelas, kau buat kami tergelak, dan kau buat kami bertambah bangga dengan DPI6, kami harap kau sentiasa ingat senyuman dan gelak tawa kami bila kau menghiburkan kami, simpan lah dan jadikan lah kenangan yang tak akan kau lupakan :')

MOHD FARID

- Aid kau abang kami, kau jugak Sir muet kami, terima kasih untuk itu, kami akan sentiasa kenang jasa kau tu, teruskan usaha kau, insyaallah mungkin satu hari nanti kau akan jadi Sir betul betul, itu doa kami :')

MOHD SYAFIQ

-Syafiq aku tak tahu mana nak dapat gambar kau seorang, ni pun aku curi kat album Aid, anyway terima kasih sebab selalu tolong betulkan laptop kami, hargai itu syafiq walaupun kita tak lagi sebumbung :')

AHMAD BAIHAQI

- Bhai kau ketua hebat, teruskan sifat kepimpinan dalam diri, kami doakan kau akan terus berjaya walaupun kau tak berada dengan kami :')

MARKDONALD

- Mark kau MC terhebat, kau pandai ceriakan keadaan dan kau buat DPI6 ceria, kau buat kami gelak dan kau buat kami tersenyum, teruskan perjuagan kau walaupun kau dah tak di semenanjung dengan kami :')

MOHD AFUAN

- Abe kau buat kami tergelak dengan teletah kau, kau peceria suasana, teruskan usaha kau walaupun kau dah  bukan sebumbung dengan kami :')

NOR HAFIZAH

- Ieyja teruslah tersenyum dengan mata sepet kau sebab kau buat kami tahu bahawa DPI6 memang menyimpan wanita awesome macam kau, terus tersenyum walau kita berjauhan :')

SITI SALHAH

- Sal kau buat kami bangga berada dalam DPI6, kau seorang yang penyanyang dan kami hargai kasih sayang kau tu, kami mohon teruslah menyanyangi kami walau kami dah jauh dari penglihatan kau :')

NORFAHZIELAH

- Eiyla kami tahu ada kasih sayang antara kita, walaupun kau tak tunjukkan tapi kami tahu kau sayang kami, dan kami berharap kasih itu kekal walau kita bukan lagi didepan mata :')

NURUL FARAHIN

- Fain walau kau nampak gagah, kami tetap tahu ada kesedihan yang bakal mengundang bila kita berpisah, simpanlah dan teruslah menjaga kami walau kami bukan lagi didepan kau :')

NOR SYAZANA

- Zana kami tahu kau sayang kan persahabatan yang telah terjalin, kau simpan kenangan bersama kami walau sejauh mana pun  kau pergi :')

NOR AZMEERA EDORA

- Dora kami tahu, kau pun turut menyanyangi kami, selitkan kami dimana mana kau pergi, ingatlah bahawah DPI6 adalah 1 dalam seribu, moga kau berjaya kelak, itu doa kami :')

NIK FATIN

- Atin senyuman kau mengoda, teruslah tersenyum untuk kami lihat keayuan kau tu, simpanlah kenangan kita DPI6 :')

NURSYAMIMI

- Mimi kau wanita hebat, kami sentiasa ingat kenagan kita bersama, dan kami berharap kau juga mengaharapkan begitu dari kau walaupun kita berjauhan :')

NORSHAFIQAH

- Piqa kau cantik dan semakin bergaya sekarang, kami suka lihat kau makin berseri, tetaplah berseri walaupun kami tidak lagi disisi, doa kami untuk kau semoga kau makin berseri :')

NORINA SHAHIDAH

- Erin kau ratu kelas kami, kami sentiasa akan menyanyagi kau walau sejauh mana kami pergi, harapan kami tetaplah menyanyangi kami, keran harga sebuah persahabatan yang terjalin itu sangat bernilai :')

YUZARINA

- Yuyu semadikan lah kasih antara kita, simpanlah kenagan, kami mendoakan kejayaan kau dan kami berharap sejauh mana kita terpisah kenang kami dalam igatan dan doa mu :')

NURSHAFINAZ

- Finaz dalam keayuan kau kami tahu kau menyanyangi persahabatan ini, tetaplah menjadi sahabat dan ingat lah kami walau kau sudah berjaya kelak :')

NORAZLINDA

- Lin kau mengingatkan kami dengan teletah kau yang suka bergambar, tersenyum bila jumpa camera, dan teruslah tersenyum agar kami tahu kau mampu tersenyum walaupun kami pasti kau juga rasa kehilangan kami :')

NORZAIMUNIRAH

- Zai kami tahu dalam senyap kau, kau juga akan rasa kehilangan seperti kami, terus sayangi persahabatan yang telah terjalin, kami mendoakan kau berjaya :')

NOR ATIQAH

- Ika ingatlah kenangan kita satu kelas walau jauh mana pun kau pergi, walau kita jauh dimata, tapi ingat lah kita semua DPI6 tetap dekat dihati :')

NURUL SYAZWANI

- Wani kau wonderwoman lahh, dalam senyap kau ada kebolehan, kami slute kau, teruskan usaha kau walau kat mana kau berada, dan ingat lah detik kita bersama kat DPI6 :')

MUSYAYA

- Syaya ingat lah sepanjang perkenalan kita selama 3 tahun, simpan dan jadikan lah kenagan terindah, jangan tutup buku kau dengan DPI6, kami selalu ingat kau :')

NURSYAZILA

- Zila senyuman dan kelembutan kau tambah kan seri kelas lagi, terus lah tersenyum dan bahagia dengan kejayaan yang kau perolehi. kenang kami dalam doa kau :')

ROS ANURA

- Nura jangan pernah lupa kan kenagan kau dalam DPI6 sebab kami tak akan pernah lupakan kau setiap detik kami bernafas. kami doa kan kejayaan kau :')

SUBHASHINI

- Shuba kau lah penyeri kelas, dengan matrik F001 kau, kau layak memimpin, kau garang garang sayang, kami tahu itu, simpan kenangan kita bersama ye shuba ;)

THILAGESWARY

- Thila kau kajol kelas kami, mana mungkin kami akan lupakan kau, harapan kami jangan lupak kan kenagan DPI6 walau jauh mana kita terpisah nanti :')


KEPADA SHERRY, YANA, FILZA, QILA DAN FAZLIN AKU TAK DAPAT CARI GAMBAR KAU SEORANG, TAPI TAK BERMAKNA AKU LUPAKAN KAU ORANG, AKU HARAP PERSAHABATAN YANG TERJALIN ANTARA KITA NI TAK AKAN PERNAH LAYU INSYAALLAH

P/S: JANGAN JADIKAN MASA, JARAK DAN TARAF SEBAGAI TANDA PENGUKUR TALI PERSAHABATAN YANG TAK AKAN PERNAH LAPUK DEK MASA DAN MUSIM. AND SORRY SEBAB CURI GAMBAR KAU ORANG TANPA KEBENARAN :')

2 comments:

Meh celoteh, jangan cakap belakang, tak baik