hari ini saya keyang gila, sebab dalam masa 5 jam saya makan 2 kali, banyak pulak tu, kali pertama makan bersama mimi dan amal, kononnya nak makan sikit tapi hah mak datok teramek banyak, oleh sebab tak nak membazir terpaksa lah habiskan (alasan munasabah tak?)
tengah hari tu pula, si'eja buat temujanji makan dengan kita orang katanya dia rindu kita orang, oleh kerana tak nak menghampakan kawan sendiri, saya dan mimi pun bersetuju untuk makan bersama eja, turut terlibat pada hari ini iala fared, sapik, n abe..
saya rancang nak makan sikit je sebab perut dah kenyang gila ni ha, tapi melihat eja begitu bahagia bertemu kami, selera kami bertambah (satu lagi alasan), makan punya makan tak terpandang makanan pun nak habis, keyang betul hari ni, balik kerja terus tido tak ingat dunia, sedar-sedar je da malam, orang sana sini dok sebok diet, tapi saya ni makin gemok kan badan, kali terakhir saya balik jb hari tu, perkataan pertama yang mak saya keluarkan bila nampak saya 'kau gemok', mak datok tekelu lidah, terus telan air liur ni ha, lepas je salam terus pergi tengok cermin, alahai mak ni, cara mak cakap tadi macam dah naik sepuluh kilo je, rupanya tak pun, tapi bila timbang, agak terkejutla naik 1kg!!! OMG,, cepat betul naik, dan kini berat saya mengjangkau 48kg, almaklumla bahagia la katakan, amin
No comments:
Post a Comment
Meh celoteh, jangan cakap belakang, tak baik