selamat hari ibu, oke saya nak tukar kepada selamat hari emak sebab saya panggil emak saya 'emak', oke kalau saya nak cerita pasal mak saya ni tak akan habis sampai esok, sebab mak saya ni banyak teletahnya, oke saya cerita satu demi satu oke:
cerita pertama:
mak saya ni kuat orangnya, beliau ibarat penyelamat keluarga, ala lebih kurang macam 'mak atashinci' tu, sebab tu adik perempuan saya bagi gelaran itu padanya, sebab watak mereka sama,oke nak tau asal saya cakap mak saya ni kuat, mak saya ni tak takut 'LIPAS' oke!, kami adik beradik semua kalah badi pada binatang berkaki banyak tu, nasib baik ada mak yang selalu tolong tangkap binatang tu pakai tangan je tau ta, huh! gila ganas mak saya ni, kuat babe!, tapi yang tak boleh blah ye tu, mak saya takut gile dengan ulat gonggok,kalau nampak ulat gonggok mula lah jerit panggil nama siapa-siapa yang terlintas dalam kepala masa tu, kalau tak ada seorang pun jawab siaplah dia jerit sekuat-kuatnya
cerita kedua:
mak saya ni macam mak orang lain juga tak lekang dengan 'bebelan', beliau cakap dulu beliau seorang yang pendiam, sekarang je banyak cakap sebab dapat anak macam kita orang, walaupun susah untuk kami adik beradik percaya dengan perwatakan beliau sekarang, kami 4 beradik tetap mengangguk bila beliau bercerita, bak kata orang tu tak nak mengecewakan beliau, tapi dalam hati berkata 'ada ke patut salahkam kita orang'. bila mak saya ni mula bukak mulut nak membebel, kami semua sedia nak larikan diri, ayah saya pun akan cakap 'jom-jom, lari mak kau dah start bunyi dah tu', kami bukan sengaja nak lari, tapi kalau merelakan diri dengan mendengarnya kami yang akan rasa akibatnya, bukan apa mak saya ni kalau dapat peluang membebel dia akan ugkit dari minggu ke minggu, kadang-kadang bila saya tanya balik 'mak cakap pa ni? ta paham la' nak tau apa jawapan mak saya? ha ni jawapannya 'entahlah mak pun tatau mak cakap apa', sebab itu lah kami sepakat untuk melarikan diri bila mak mula bersuara, kang entah apa-apa yang keluar dari mulut mak kang, kami sendiri tak paham. tapi yang paling kesian kucing saya lah, sebab bila semua orang lari tak nak dengar bebelan, kucing saya yang bernama 'luky' itulah akan menjadi mangsa, sebab dia setia dengan mak saya, mak selalu lepaskan marah dia kat kucing tu, kadang-kadang memang sikucing mencari masalah, ada ke patut mak tengah lipat kain dia kacau, die selerak kan balik, mahu nya mak tak menjerit, tapi kadang-kadang kucing tu tak bersalah pun mak sergah, macam mak tengah geram dengan adik-adik saya sebab buat sepah, mak menyapu sambil mulut terkumat kamit (membebel), tetiba si'luky lalu, ha amek kau si'luky disergahnya, terkejut kucing tu
cerita ketiga:
mak saya ada kawan baik, kawan tempat mak ketawa, lepas geram n yang paling tak boleh blah teman mengumpat, nama kawan baik mak saya adalah 'cik rubi rokers!' mak selalu cerita pasal cik rubi ni, ialahkan kawan sepejuangannya, ayah saya bagi nama kat mak n cik rubi, namanya 'persatuan', sebab kan bila mak dah bertemu cik rubi, semuanya mak lupa, sampai kan masak nasi kat dapur pun mak lupa jugak,
tapi apa pun yang terjadi dan akan terjadi, saya bangga dapat mak macam mak saya sebab mak saya ni sumber inspirasi saya, kadang-kadang mak tak suka pun dengan apa saya buat tapi mak tetap akan memberi dorongan dan akan ada disisi saya bila saya perlukan, saya bersyukur sebab saya ada mak macam mak saya, mak saya pandai masak., mak saya yang ajar saya mengaji, pakai baju dan lain-lain lagi la, saya rasa mak saya sangat hebat, adakah anda rasa mak anda seorang yang hebat?
oke sempena hari emak ini, saya nak mengambil kesempatan nak ucapkan selamat hari emak pada mak saya yang gagah lagi perkasa kat rumah tu, semoga mak hepi dan sihat selalu, orang akan buat apa saja untuk tengok mak sentiasa tersenyum, biar apa orang kata yang penting kita tetap anak dan emak sampai akhirat. orang janji selagi emak hidup dimuka bumi ini, orang akan sentiasa membahagiakan mak, andainya mak pergi orang akan sentiasa doakan dan mengingati mak setiap detik dan saat orang bernafas, kasih mu emak setiasa bersinar bagai mentari yang hadir di siang hari, tidak pernah jemu menerbitkan diri dan menyebarkan cahayanya
No comments:
Post a Comment
Meh celoteh, jangan cakap belakang, tak baik