Friday, July 30, 2010

galaxi

entri ni aku buat sebab aku tersangat la bosan akibat kekosongan rumah apabila penghuni-penghuni pulang ke pangkuan kedua ibu bapanya. cuba baca balik ayat kat atas tu, cam sasterawan negara ta? 

oke berbalik pada tujuan asal, aku nak cerita pasal sekor-sekor manusia yang aku menjadi peneman ketika suka dan duka, wahh terharu ta korang wahai teman-teman ku? thehe :D
oke sebelum aku start, aku nak mintak maaf kat sape-sape yang terlibat, aku hanya berlaku jujur untuk terang kan siapa korang yang bermakna dalam hidup aku yang aku kenal. 10 jari disusun mohon keampunan, aku sayangg korang sangat tahu ta

oke cerita bermula dengan zana @ waden hall rumah, mula-mula aku susah gila nak kenal siapa kau zana, tak dapat nak baca siapa dia masa baru aku kenal dia, dia ni agak garang la, boleh dikata kan aku hari-hari jugak la kena marah sebab aku ni degil, tak pernah nak dengar cakap, suka melawan, zana akan marah bila aku tak reti nak pikir dengan rasional bila diperlukan dengan segera, zana ni garang tapi kan, kan,, kan,, kalau korang nak tahu dia penyayang cuma dia tanak tunjuk, thehe.. itu yang aku rasa lah, dia suka sembunyikan rasa sayang dia pada orang termasuk pada aku, thehe *malu, antara sedar atau ta kau zana sebenarnya kau sayang aku, mengaku jela zana, aku terima ketentuan ilahi yang kau sayang aku. walaupun kau suka marah aku, aku tahu kau marah sebab kau sayang aku kan, kan? tape na aku paham da kau sekarang, aku dah kenal dah kau, aku tahu hati kau baik,iklas ni, tade sebarang ugutan mahupun paksaan.

oke cerita kedua ialah salhah @ model bas poly, sal ni orang ye ayuu je dari jauh, senyuman menawan, gerak langkah amat la sopan, siapa tak admire kat dia tu rasa macam pelik la kan, boleh dikatekan ramai yang suka dia, tapi s***** yang berjaya menambat hati dia, *sungguh terpegun, tu sal yang aku kenal masa aku tak dekat dia la, tapi bila dah dekat macam nak lari 200KM/JAM, aha itu la yang aku cuba lakukan bila berada berdekatan dengan dia, dia ni suka buat benda-benda pelik, suka buat benda yang aku tak sangka dia buat bila pandang muka dia, bapak la happy go lucky budak ni, dah macam badut dah, *thehe, dia ni periang, penyayang dan sangat mengambil berat kat orang sekeliling dia, bila duduk dengan dia, jangan cakap sejam la, aku bagi korang masa 10 minit je,aku nak tengok kau terkencing ke ta, hilang segala keayuan dan kesopanan tadi, dia sangat suka buat orang gelak, dia ni suka tido tau, *thehe, oke itu lah sal yang aku kenal


cerita yang seterusnya buat gg @ pe-anti kucing, aku tak tahu la asal dia takut sangat dengan kucing yang bebulu-bulu comel tu, lipas, katak dan seangkatan dengan bintang yang bajet hott tu die suka pulak, boleh tangkap pakai tangan lagi tau, ha terorkan gg ni, hebat orangnya, gg ni suka menganjing tau, dia suka tiru gaya orang, jadi tau kalau dia tiru, lagi-lagi encik kesayangan die kat poly tu ha, gg ni comel je, die ada kembar yang tak ada talian  darah pun, talian telefon je ada, *thehe, kembar die eja yang suka buat bising tu, muka dia orang bapak la sama dah macam reflection da aku tengok, sama gila, lagi-lagi tang mata dia orang yang macam tak mampu nak bukak tu, sepet je, aww comel tau, rasa macam nak tahan mata dia pakai pencongkil gigi tu je, mata bila bergambar mesti nak tido, wei tido kat umah la wei!!!

 
cerita yang berikutnya buat si'eja @ wakil dpi5 yang sangatt pemalu, ha ni la dia kembar si'gg tadi, same gila muka dia orang, dah macam adik beradik da, eja ni orang dia boleh dikatekan outspoken jugakla, dia maen cakap je nak cakap apa, maen taram je kat siapa-siapa, kalau gg ni versi eja yang ayu sikit, sikit jela, *thehe, eja ni suka mencarot tau ta, dia la yang mempengaruhi aku untuk mencarot, benda yang paling dia suka carot ialah 'palat', haihh suka sangat sebakan virus mencarot, aku dah lah cepat terkena virus, aku selalu berdoa jauhi carot-carotan ni, eja ni baek, aku suka style dia nih, gg pun aku suka, dua beradik tade talian darah ni sangat pandai bergaya, kredit untuk korang kembar sepet *thehe, eja ni dah semakin kurus tau ta, da makin hottt *thehe, oke ini lah eja nama nya



ceritu seterusnya buat iela @ mrs. chicken little, iela ini tersangatt la comel orangnya, sekali pandang tak boleh berkelip, pandang sampai mate berair baru boleh kelip, iela ni makin kurus, rasa macam nak angkat then baling-baling je, *thehe, iela ni walaupun kecik tapi garang orangya, garangg sangatt, tapi dia baik, kalau aku tak sedar pagi-pagi kan iela la yang akan kejutkan, iela ni comel sebab de gigi taring yang menawan, sampai abang nasi pagar pun minta gigi taring dia tu tau, *thehe


cerita ini buat fain @ body guard kami, fain ni gagah orangnya, dia la yang akan berkhidmat untuk memnbantu kami dalam kesusahan, kami tak takut bila bersamanya *thehe, fain ni perlukan khidmat bantuan perasaan, sebab dia ni kurang perasaan cikit, dia tada rasa geli, cool je dia aww, dia tak banyak perangai sangat la, dia agak pendiam jugak la, dia suka tengok orang, oke itu je yang boleh aku terangkan pasal dia, aku pun tengah nak kenal dia



cerita yang terakhir buat mimi @ perempit kereta haram, mimi ni teror tau bawak kereta, dia boleh bawak kereta 160km/jam, *ni tipu, saje nak tambah-tambah cerita, *thehe, mimi ni tengah ber-diet, dia da comel, sebok je nak diet-diet lagi, aku tengok gamba lame kau mi, kau kurus dari sekarang, rasa macam nak tergelak, sebab sangat tak sesuai, tak cantik, kau cantik macam sekarang mimi, sumpa tak tipu ni, mimi ni baek hati orangnya, walaupun dia ni suke cakap lepas je. tak de palang, tak de traffic light, maen langgar je, macam dia bawak kereta dia tu, pakcik polis pun takut nak tegur dia, tapi dia sangatt baik hati, sangat memahami dan ambil berat kat orang sekeliling dia.

oke itulah cerita kawan-kawan aku, masing-masing ada sikap mereka sendiri, tapi tanpa mereka mungkin aku sunyi. setakat inilah nurkilan yang dapat aku riwayatkan, salah dan silap harap di maaffi, al-maklumla manusia kan, *thehe,
nurkilan ini hasil usaha aku yang semakin dewasa dan matang, yela kan dah nak masuk 20 tahun kan, tengok ni aku buat muka matang  -____________-
nurkilan ini juga tak terdapat unsur-unsur penipuan, paksaan dan bodekan



5 comments:

  1. *Baca dan tulis sambil nangis*

    Ngaaaaaa aku suka aku suka wuwuwuwuwuuu aku suka!!

    Pergh aku makin percaya yang aku ne kembar gg. Aku pun pe-anti kucing euwwwww yek bulu kucing eeeee geli geli.

    I LOVE YOU NANANANANANANANA!!

    ReplyDelete
  2. kawan yg baik lah kau ne.
    walaweyh

    ReplyDelete
  3. eja: lap u too la jaa :)

    quchai: ha tau tape, tanak ke kawan ngn aku?

    ReplyDelete
  4. ...sal ni orang ye ayuu je "dari jauh" hak hak... jahat tau statement...

    ReplyDelete
  5. la, betul la, try dekat, die nih pelawak terhandal

    ReplyDelete

Meh celoteh, jangan cakap belakang, tak baik