1) MENIPU
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sesebuah hubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk " menyelamatkan " keadaan, namun mereka tidak tahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima hatinya dieprmainkan.
2) HARAPAN / KEBEBASAN
Ada pasangan meletak kan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh pada pasangan. Ada lelaki yang menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sini timbulah konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang menginginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal ini membuatkan hubungan tersekat.
3) TERLALU MEMIKIRKAN ASPEK PERKAHWINAN
Perhubungan yang sihat biasanya berlansung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. tapi sesetengah wanita yang baru saja berkenalan terus sahaja mengharapkan agar ianya berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan yang dijalinkan hanya sia sia sahaja.
4) MENGUNGKIT HAL YANG LALU
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal yang lal. Apatah lagi jika mengungkit jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau kamu saynagkan perhubungan. Yang lalu biarlah berlalu jangan lah dikenang kembali.
5) BERBEZA PENDAPAT
Dalam menjalinkan sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mepunyai cita cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sebuah perhubungan.
6) STATUS YANG TINGGI
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahgaia namun ada sesetengah begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka sahaja.
7) HAL HAL YANG MENYAKITKAN HATI
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal hal bodoh semata-mata mahu menyakitkan hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan kamu pasti tidak akan kekal lama. Lebih teruk jika tiada kimia antara kam dan dia.
8) KAWAN KAWAN DAN KELUARGA
Tidak mustahil, kawan kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sesebuah hubungan tidak stabil. Pengaruh dari kawan kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang kamu sayang boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai kamu. Restu keluarga itu sangat penting dalam sesebuah hubungan.
p/s- Wa nak bagitahu yang wa pun pernah lakukan kesilapan dalam hubungan, so wa nak share ni untuk renungan bersama.
No comments:
Post a Comment
Meh celoteh, jangan cakap belakang, tak baik