saya ada ramai kawan..
cakap je nak yang macam mana,
saya kenal dia orang ni dengan pelbagai cara,
tapi entri yang saya buat kali ni khas buat seseorang yang begelar kawan baik saya sekarang...
oke ceritanya macam ni :
sebelum saya tidur semalam, macam biasa lah berangan-rangan dulu, nak kawen ngan anak raja lah, nak dapat pak we hensem la, dan tetibe datang satu benda yang tetiba buat saya terharu, tetiba saya terfikir, kawan datang dengan pelbagai cara, kebanyakkan kawan yang saya dapat kat poli masa saya mula-mula masuk poli dulu, sama-sama tak ada kawan, sama-sama cari kawan, tapi berbeza dengan seseorang ni, dulu kita orang pernah satu kumpulan masa sem1, walaupun satu kumpulan kita orang tak rapat dan saya nak buat pengakuan iklas dan tulus dari hati, dulu kita orang saling tidak menyukai! bukan tak suka apa lah, standard lah kan, dia dengan geng die, saya dengan geng saya la kan, kami sentiasa berlaga pendapat, dalam kelas pun jarang bermesra, tapi nak dijadikan cerita tu, dia boleh plak satu tempat praktikal dengan saya, dan nak tambah kan cerita bagi mencabar ada lah benda-benda yang terjadi menyebabkan kami semakin rapat. tapi yang unik ye dalam persahabatan kami ialah, saya dan dia menjadi rapat dan jadi kawan baik masa saya sangat-sangat memerlukan bantuan, dia hadir disaat saya keseorangan, disaat saya sedih dan memerlukan teman, masa saya gembira, bahagia dan tersenyum kami hanya kawan biasa yang jumpa pada waktu kerja sahaja, tapi bila saya dalam kesesusahan dia hadir merhulurkan bantuan, unikkan? saya akui, susah untuk saya jumpa dan kenal kawan seperti dia yang sudi memberi bantuan walaupun kami tak pernah bergelar kawan baik pun sebelum ni. selalunya kawan hadir bila kita senang tapi tidak pada dia yang hadir diwaktu saya sedih dan memerlukan, dengan kemesraan kami ada yang sakit hati sampai cakap saya minta simpati,WTF la.. kebenaran ada pada dia kawan baik saya
oleh sebab itu, saya cipta entri ini khas buat dia "NURSYAMIMI YUSNAIDI"
TENGS A LOT MIMI, KALAU ADA ANUGERAH UNTUK KAWAN, AKU NAK BAGI KAT KAU, HONESTLY I WANT TO SAY KIND OF HARD TO FIND MEMBER LIKE U MIMI :), LOVE U DAMN MUCH..
aku janji kita akan jadi kawan masa susah dan senang, INSYAALLAH...
aku akan cuba tolong kau bila kau perlukan bantuan
No comments:
Post a Comment
Meh celoteh, jangan cakap belakang, tak baik